26 Ogos – 20 September 2026
Reka logo rasmi AYMO.
Kekal selamanya.
Penyertaan dibuka
Terbuka kepada bekas pelajar, pelajar semasa, pensyarah dan staf kolej. Logo yang menang akan menjadi logo rasmi persatuan dan diguna pakai untuk semua urusan.
Hadiah RM150 tunai, sijil, dan gelaran Pereka Logo Rasmi.
Lihat syarat & sertaiSiapa layak
Bekas pelajar Kolej Profesional MARA Ayer Molek, tidak kira batch, serta pelajar semasa, pensyarah dan staf kolej. Tidak perlu menjadi ahli persatuan untuk menyertai.
Apa yang perlu dihantar
Logo berwarna dan versi satu warna, fail PNG latar telus, fail vektor yang boleh disunting, dan rasional ringkas di sebalik rekaan.
Bagaimana pemenang dipilih
Panel jawatankuasa menapis semua penyertaan dan memilih tiga hingga lima rekaan terbaik. Rekaan tersebut kemudian dibuka untuk undian warga alumni dan warga kolej.
Hadiah
RM150 tunai, sijil penghargaan, dan gelaran Pereka Logo Rasmi. Rekaan yang menang akan dibawa ke Mesyuarat Agung untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan.